Pembiayaan Perniagaan

PEMBIAYAAN PERNIAGAAN AM




<><><><>
Kaedah / Konsep
1. AL BAI - BITHAMAN AJIL
Maksud : Jualan dengan harga tangguh
Pembiayaan boleh digunakan untuk semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap,  keperluan modal kerja, belanja mengurus dan jaminan bank. (Bank Guarantee).
2. AL – MURABAHAH
Maksud : Jualan dengan tambang untung
Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang - barang separuh siap, barang - barang siap dan kelengkapan alat ganti.
3. AL – IJARAH
Maksud : Pajakan atau sewaan
Pelanggan yang memerlukan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa peralatan tersebut daripada MARA . Setelah bayaran sewa diselesaikan, peralatan berkenaan dipindahmilik kepada pelanggan.
4. BAI AL – INAH
Maksud : Menjual Sesuatu Barangan Dengan Harga Tangguh Kepada Pembeli
Konsep ini khusus bagi kegunaan belanja mengurus (overhead) sahaja, seperti membayar gaji, sewa premis, elektrik dan air.
5. MUSYARAKAH MUTANAQISAH
Maksud : Perkongsian di bawah kontrak Musyarakah Islam diantara MARA dan Pelanggan mengikut Perjanjian ini yang mana salah satu pihak berhak untuk menebus balik kesemua pegangan syer pihak yang satu lagi dalam perkongsian mereka.
Konsep ini digunapakai dalam Skim Pembiayaan Premis Komersial.


SKIM PEMBIAYAAN


SKIM
Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP)Skim Pembiayaan KomersialSkim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE)Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
Skim ini merangkumi pembiayaan untuk projek perdagangan, perkhidmatan, pembuatan dan pagangkutan.Skim pembiayaan ini bagi tujuan : -
i) Pembelian Premis Perniagaan yang bertaraf kekal dan siap dibina.
ii) Pembinaan Premis Perniagaan di atas tanah milik sendiri.
Pembiayaan untuk kerja - kerja kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan dan kerja-kerja elektrik. Pembiayaan meliputi pemborong kelas F, E dan D bagi kerja-kerja agensi awam.SJUM merupakan satu kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera yang terpilih. Melalui skim ini MARA, bekerjasama dengan bank komersial (BMMB) yang menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin.
HAD PEMBIAYAAN
Syarikat Milik Tunggal/ Perkongsian


sehingga RM250,000.00
Syarikat Sendirian Berhad


sehingga RM500,000.00
Syarikat Milik Tunggal/ Perkongsian


sehingga RM250,000.00
Syarikat Sendirian Berhad


sehingga RM500,000.00
sehingga RM500,000.00
Jaminan dari RM500,000.00 sehingga RM 2 Juta.




SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia keturunan Melayu atau Bumiputera;
  • Umur 18 tahun ke atas;
  • Pengalaman / pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi;
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
  • Sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek;
  • Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran daripada pihak berkuasa;
  • Dapat mengemukakan cagaran / jaminan yang mencukupi;
  • Perlu mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang perniagaan kurang daripada 6 bulan.
  • Menjalani Ujian PSIKOMETRI (kecuali skim SPiKE)



Bayaran Ansuran Pembiayaan
 Skim
 Kadar Keuntungan
Amaun
Tempoh
RM 10,000 Ke Bawah
1 - 4 Tahun 
SPPP
4 % setahun
RM 10,001 Hingga RM 50,000
1 - 5 Tahun
SPPP
RM 50,001 Hingga RM250,000 
1 - 10 Tahun
SPPP
RM250,001 Hingga RM500,000
1- 15 Tahun 
SPPP
Sehingga RM500,000
maksimum 20 tahun
Premis Komersial
Sehingga RM500,00
Mengikut Jangkamasa Kontrak
SPiKE
6 % setahun
RM500,001 HINGGA RM 2 juta
Tempoh Jaminan sehingga 15 tahun
SJUM
Mengikut Kadar Keuntungan Bank Komersil