Kaedah / Konsep |
1. AL BAI - BITHAMAN AJIL |
Maksud : Jualan dengan harga tangguh Pembiayaan boleh digunakan untuk semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus dan jaminan bank. (Bank Guarantee). |
2. AL – MURABAHAH |
Maksud : Jualan dengan tambang untung Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang - barang separuh siap, barang - barang siap dan kelengkapan alat ganti. |
3. AL – IJARAH |
Maksud : Pajakan atau sewaan Pelanggan yang memerlukan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa peralatan tersebut daripada MARA . Setelah bayaran sewa diselesaikan, peralatan berkenaan dipindahmilik kepada pelanggan. |
4. BAI AL – INAH |
Maksud : Menjual Sesuatu Barangan Dengan Harga Tangguh Kepada Pembeli Konsep ini khusus bagi kegunaan belanja mengurus (overhead) sahaja, seperti membayar gaji, sewa premis, elektrik dan air. |
5. MUSYARAKAH MUTANAQISAH |
Maksud : Perkongsian di bawah kontrak Musyarakah Islam diantara MARA dan Pelanggan mengikut Perjanjian ini yang mana salah satu pihak berhak untuk menebus balik kesemua pegangan syer pihak yang satu lagi dalam perkongsian mereka. Konsep ini digunapakai dalam Skim Pembiayaan Premis Komersial. |
SKIM PEMBIAYAAN
SKIM | |||
Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP) | Skim Pembiayaan Komersial | Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) | Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) |
Skim ini merangkumi pembiayaan untuk projek perdagangan, perkhidmatan, pembuatan dan pagangkutan. | Skim pembiayaan ini bagi tujuan : - i) Pembelian Premis Perniagaan yang bertaraf kekal dan siap dibina. ii) Pembinaan Premis Perniagaan di atas tanah milik sendiri. | Pembiayaan untuk kerja - kerja kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan dan kerja-kerja elektrik. Pembiayaan meliputi pemborong kelas F, E dan D bagi kerja-kerja agensi awam. | SJUM merupakan satu kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera yang terpilih. Melalui skim ini MARA, bekerjasama dengan bank komersial (BMMB) yang menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin. |
HAD PEMBIAYAAN | |||
Syarikat Milik Tunggal/ Perkongsian sehingga RM250,000.00 Syarikat Sendirian Berhad sehingga RM500,000.00 | Syarikat Milik Tunggal/ Perkongsian sehingga RM250,000.00 Syarikat Sendirian Berhad sehingga RM500,000.00 | sehingga RM500,000.00 | Jaminan dari RM500,000.00 sehingga RM 2 Juta. |
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia keturunan Melayu atau Bumiputera;
- Umur 18 tahun ke atas;
- Pengalaman / pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi;
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
- Sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek;
- Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran daripada pihak berkuasa;
- Dapat mengemukakan cagaran / jaminan yang mencukupi;
- Perlu mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang perniagaan kurang daripada 6 bulan.
- Menjalani Ujian PSIKOMETRI (kecuali skim SPiKE)
Bayaran Ansuran Pembiayaan | Skim | Kadar Keuntungan | |
Amaun | Tempoh | ||
RM 10,000 Ke Bawah | 1 - 4 Tahun | SPPP | 4 % setahun |
RM 10,001 Hingga RM 50,000 | 1 - 5 Tahun | SPPP | |
RM 50,001 Hingga RM250,000 | 1 - 10 Tahun | SPPP | |
RM250,001 Hingga RM500,000 | 1- 15 Tahun | SPPP | |
Sehingga RM500,000 | maksimum 20 tahun | Premis Komersial | |
Sehingga RM500,00 | Mengikut Jangkamasa Kontrak | SPiKE | 6 % setahun |
RM500,001 HINGGA RM 2 juta | Tempoh Jaminan sehingga 15 tahun | SJUM | Mengikut Kadar Keuntungan Bank Komersil |